Profil Usahawan di Malaysia
Walaupun Malaysia sedang mengalami keadaan
ekonomi yang agak mencabar, tetapi usahawan di Malaysia tumbuh bagai cendawan
untuk mencapai impian mereka dalam perniagaan dan pada yang sama memenuhi keinginan
pengguna dan masyarakat. Bukan senang untuk menstabilkan perniagaan mereka
dengan kehendak pasaran sekarang,walhal dengan keadaan ekonomi yang menguji
para usahawan untuk lebih bersabar menghadapi kehendak permintaan masa kini.Disini,saya
ditugaskan untuk menemuramah seorang usahawan di Malaysia, yang bagi saya
adalah seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi dalam memenuhi kehendak
pasaran terutama kepada wanita muslimah yang aktif dalam bersukan tetapi dalam
masa yang sama agak terhad dalam menutup aurat untuk memilih pakaian yang
sesuai untuk bersukan.
Usahawan yang dimaksudkan adalah Puan Eliza
Nordin pengasas Nashata, Nashata adalah suatu nama jenama pakaian sukan
muslimah yang sudah beroperasi sejak May 2013.Beliau adalah seorang wanita yang
aktif bersukan dan wanita yang berteknologi tinggi. Beliau adalah pengasas
produk Nashata Lifestyle Sdn Bhd (Nashata.com), beliau melakukan perniagaan
yang mencapai gaya hidup terkini yang memberi kuasa kepada wanita sederhana
untuk mempunyai gaya hidup aktif dari masa ke semasa. Nashata telah diasaskan
pada tahun 2013 di Malaysia, dimana ia dibentuk, dihasilkan dan dijual dalam
bentuk pakaian sukan muslimah dan telah berkembang maju bersama rakan-rakan
niaga yang lain. Nashata dibangunkan secara pembiayaan sendiri, dan membangun
secara organik sejak penubuhannya. Sebelum terjebak di dalam dunia
keusahawanan, Puan Eliza Nordin adalah seorang Naib Presiden dan Direktor di
sebuah syarikat Teak Capital Sdn Bhd (teakcapital.com.my). Syarikat tersebut
merupakan suatu firma yang memberi fokus kepada jenis pelaburan terhadap
Teknologi dan ICT, beliau juga mempunyai penggalaman yang meluas melalui bidang
kejuruteraan perisian, penginjilan teknologi, Perniagaan dan Pembangunan produk
dan Intellectual Property di
Microsoft, Universiti Multimedia dan Telekom Malaysia. Beliau juga merupakan
pemegang ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dengan minor Matematik
dari Universiti Of
Washington,Seattle,USA. Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik beradik.
Menurut beliau, nama Nashata adalah suatu jenama
dan bukanlah nama sesiapa di Syarikat Nashata Lifestyle Sdn Bhd, ia diambil
dengan maksud di dalam Alquran itu sendiri ‘Al-Nash’ata’maksud oleh penciptanya
Allah, dan ini adalah yang sedang mereka lakukan, mencipta dan mengeluarkan
sesuatu pakaian sukan khusus untuk wanita yang sentiasa aktif dan pada masa
yang sama ingin menutup aurat. Pada pandangan saya usahawan yang mengeluarkan
pakaian muslimah tidak berapa berkembang lagi di Malaysia, bermacam-macam jenis
pakaian dan jenis kualiti kain yang dikeluarkan, ini membuatkan saya sebagai
penemuramah dan juga sebagai pengguna yang aktif bersukan agak susah untuk
mencari pakaian khas untuk menutup aurat. Kenapa produk seperti ini dikeluarkan
adalah sangat sesuai untuk ramai wanita muslimah yang aktif di luar sana
seperti mereka yang mempunyai hobi aktiviti lasak seperti bermain ski,
berbasikal, berenang,berlari dan sebagainya. Menurut beliau, idea ini tercetus
apabila beliau dan keluarganya mendaki Gunung Kinabalu, beliau menghadapi sakit
kepala yang teramat sangat apabila cuaca sedang panas, dari situ beliau
mendapat idea untuk mencari pakaian sukan yang sesuai untuk muslimah (Proses
Eureka). Beliau juga mengkaji dan berjumpa dengan penjual yang menjual pakaian
sukan muslimah yang terdapat di setengah pasaran. Walaubagaimanapun, fabrik
kain yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia ini. Tambahan
pula, pakaian sukan yang ada di pasaran tidak memenuhi citarasa muslimah yang
aktif bersukan,untuk tidak berhenti terus dari aktiviti sukan yang diminati
kerana kekangan pakaian sukan yang menutup aurat kurang berada di pasaran,
tercetus la Nashata ini di cipta justeru dapat memenuhi permintaan orang ramai
yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti beliau.
Fokus dan objektif utama beliau dalam
mengeluarkan produk ini adalah untuk mengalakkan wanita di luar sana agar
menjalani kehidupan yang sihat dan aktif secara mudah dengan berpakaian sukan
yang selesa tanpa menjejaskan kesederhanaan. Apabila kita bersenam, kita akan
bertindak secara semulajadi dalam menjaga pemakanan kita, kita akan sentiasa
menjaga pemakanan secara sihat dan,bersih. Membuat latihan selalu dan cuba untuk
mencapai target yang diingini, selari dengan tagline Nashata iaitu ‘Memperkasakan
gaya hidup aktif’ (Empowering Active Lifestyle). Beliau berharap dengan
pengeluaran produk ini dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu wanita
muslimah dalam berpakaian aktif melalui produk
Nashata ini, maksudnya menyediakan pakaian kepada wanita yang berfikiran khusus
kepada sesuatu pengetahuan,yakin dan prograsif. Sesetengah masyarakat
mentakrifkan orang muslim mempunyai had dalam berpakaian, dengan pengeluaran
seperti produk ini ia tidak menghalang mereka untuk bergerak aktif.
Saya tertarik dengan produk Nashata yang
dikeluarkan oleh idea beliau dan rakan-rakan yang lain, perbezaan produk Nashata
itu sendiri dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu wanita muslimah yang
aktif yang memberikan keselesaan kepada mereka ketika bersukan.Reka bentuk idea
pakaian tersebut adalah jenis Riada dan Ultra, Riada adalah pakaian sukan yang
kurang dari dua jam untuk bersenam, manakala jenis Ultra pula untuk wanita yang
bersukan berjam-jam lamanya yang sesuai untuk sukan seperti marathon atau
Trialthon. Perbezaan produk tersebut adalah menunjukkan pelbagai dari segi
bentuk dan reka bentuk yang sesuai dibawa terus untuk bersolat terutama untuk
aktiviti sukan yang berjam lamanya, lapisan kain yang labuh dapat menutup aurat
sesuai untuk dibawa ketika bersolat. Reka bentuk pakaian tersebut juga
mempunyai logo Nashata dimana logo tersebut dapat memberi kesan pantulan cahaya
apabila berada di kawasan yang gelap, ia membolehkan bersenam pada waktu malam.
Pengeluaran produk pakaian muslimah sukan ini dikira baru juga, beliau dan
rakan-rakan sekerja yang lain sentiasa membuat kajian dan pembangunan (R&D)
dalam setiap penyelesainya. Secara peribadi beliau juga menggunakan produk
sukan yang lain untuk mengetahui aktiviti yang sesuai dan bagaimana untuk
menghadapi cabaran tersebut. Menurut beliau lagi, mereka bukan sahaja
mengeluarkan produk yang berinovatif pakaian sukan muslimah, tetapi mereka juga
turut berkongsi cerita dan penggalaman yang memberi inspirasi kepada wanita
dalam aktiviti sukan dan riadah. Beliau juga memaklumkan Nashata juga mempunyai
Blog tentang bersukan seperti berlari, yoga, kesihatan, tips dan tips pemakaian
di nashata.com/blog/. Harga produk Nashata juga sangat berbaloi dengan kuantiti
dan kualiti yang ditawarkan.
Akhir sekali, untuk mengakhiri perbualan kami,
saya bertanyakan tentang apakah kata-kata motivasi yang boleh dikongsi kepada
semua usahawan dan juga kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawan
ini, beliau berharap agar para usahawan sentiasa memberi tumpuan dan fokus
terhadap pelanggan, fokus untuk membuat pelanggan berpuashati terhadap barangan
tersebut,kerana mereka ialah salah seorang yang membantu kita dalam mencapai
impian yang dikehendaki. Puan Eliza Nordin juga menjadikan Tun Dr Siti Hasmah
sebagai idolanya, dengan sifat yang rendah diri,baik,berpengetahuan tinggi
menjadikan sebagai tauladan untuk beliau meneruskan cita-cita beliau.
Semoga perkongsian ini tentang profil Usahawan
yang ada di Malaysia menjadi satu platform kepada mereka yang baru
berjinak-jinak dalam bidang usahawanan, ciri-ciri ini juga membezakan mereka
dengan orang biasa. Orang-orang yang Berjaya juga memiliki kebanyakan daripada
ciri-ciri yang ada pada usahawan. Saya berharap juga lebih ramai usahawan
seperi Puan eliza Nordin ini di Malaysia yang menjadikan produk berinovatif ke
arah islamik lebih menarik perhatian masyarakat bukan sahaja kepada para
muslimin dan muslimat tetapi boleh menarik perhatian semua kaum dan agama tanpa
batasan untuk mencuba pakaian sukan seperti ini.
Puan Eliza Nordin
Pengasas Nashata
Lifestyle Sdn Bhd
Produk NASHATA
Pakaian renang
Pakain Berlari, Yoga, Mendaki
tudung sukan hijab
Menjual di Instagram dan juga Online
Nashata.com.my
No comments:
Post a Comment