Popular Posts

Friday, 30 December 2016

PERNIAGAAN BITTER SWEET BAKERI





PENGENALAN

Minat terhadap dunia perniagaan tidak pernah padam dalam diri wanita ini. Pn.Athirah Zahar  menyimpan impian untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya pada masa akan dating.

Berpegang kepada prinsip berusaha gigih, Puan Athirah yang mesra dengan sapaan Athi  di kalangan warga Teluk Intan sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan yang datang ke kedai kek beliau.  

Dalam kesibukan menguruskan kedai kek tersebut, wanita ini masih sempat mencuri masa mengikuti kelas membuat dan menghias kek setiap hari Jumaat ketika waktu rehat. Baginya, di mana ada kemahuan pasti ada jalan.

Beliau berpijak di bumi nyata, untuk menjadi usahawan kek yang berjaya beliau harus mempunyai kemahiran dan modal yang mencukupi. Menyedari perkara ini, beliau gigih mengikuti kelas tersebut. Walaupun hanya belajar sejam seminggu, ilmu dan pengalaman yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya. Alhamdulillah, usaha Puan Athirah membuahkan hasil yang memuaskan.

Ditanya mengapa bidang pastri dan bakeri yang menjadi pilihan, Puan Athirah mengatakan sejak dulu dia memang bercita-cita menceburkan diri dalam perniagaan berasaskan makanan. Menurut Puan.Athirah, beliau ingin  mengusahakan restoran namun memikirkan kekangan masa, modal dan anak-anak yang masih kecil, Puan Athirah memilih perusahaan kek untuk dikembangkan.

Ternyata keputusan ini amat bertepatan kerana tidak terdapat banyak kedai kek yang diusahakan sendiri oleh orang Islam. Puan Athirah yakin bidang ini mempunyai potensi yang besar untuk terus berkembang maju. Berbekalkan ilmu dan pengalaman, Puan Athirah menghasilkan kek dan menjual secara kecil- kecilan kepada sanak saudara dan kenalan pada ketika dahulu. Beliau berasa gembira apabila air tangan sendiri mendapat sambutan menggalakkan.

Mulai pada masa itu, beliau bertekad untuk mengembangkan perniagaan kek yang diceburi. Walaupun ada kalanya berasa penat , beliau tetap kuatkan semangat bersengkang mata menyiapkan tempahan sehingga lewat malam. Beliau amat gembira apabila pelanggan berpuas hati dengan kek yang dihasilkan.



PERMULAAN PERNIAGAAN


Pn.Athirah mempunyai pengalaman di dalam bidang ini selama 3 tahun. Bermula pada tahun 2009 beliau menyambung pelajaran di dalam bidang bakeri. Beliau menimba ilmu selama lebih kurang 3 tahun pengalaman di Kolej Komuniti Teluk Intan.


Bermula secara kecil-kecilan daripada rumah, beliau  membuat roti-roti dan menjualnya di kedai-kedai makan dan apabila mendapat sambutan yang menggalakkan , beliau terus bertekad untuk membuka kedai sendiri .Kekangan modal telah menghadkan Puan Athirah  untuk memiliki premis perniagaan sendiri. Oleh sebab itu, ibu kepada dua cahaya mata ini berniaga secara kecil-kecilan dari rumah selama satu tahun. Sambutan memberangsangkan diterima membuatkan Puan Athirah tekad untuk memiliki kedai sendiri.


Agak sukar pada masa itu untuk meneruskan perniagaan bakeri ini kerana sokongan daripada suami kurang memberangsangkan kerana suami beliau berpendapat perniagaan perlu hadapi risiko yang amat tinggi.


Tidak semudah yang disangka untuk meneruskan perniagaan ini tanpa sokongan sepenuhnya ahli keluarga kerana mereka beranggapan terlalu banyak pesaing dalam bidang ini.. Beliau menggunakan wang simpanan sendiri sebanyak RM 20, 000 untuk dijadikan modal permulaan.


Pada  awal tahun 2012 beliau telah berjaya membuka kedai kek sendiri yang terletak di Bandar Baru Teluk Intan, Perak  . Beliau tidak hanya tertumpu kepada kek malah menghasilkan pelbagai jenis roti dan biskut. Akhirnya suami dan keluarga memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau apabila beliau berjaya memiliki premis perniaaan sendiri walaupun pada masa itu beliau hanya menyewa kedai tersebut,  


Sebulan sebelum pembukaan kedai, beliau dan suami bersama-sama mengedar risalah pembukaan kedai tersebut. Pada hari pembukaan, beliau memberi pelanggan menikmati produk yang dihasilkan sendiri oleh beliau dan pekerja yang juga merupakan rakan sekelas semasa beliau belajar dahulu..


Reaksi yang diberikan sangat positif, dan beliau berasa amat gembira dengan sambutan yang diterima. Puan Athirah bersyukur, kedai yang dahulunya beroperasi dengan menggunakan hanya sebuah peti ais, ketuhar dan meja bersama seorang juruwang telah berkembang.


Puan Athirah beranggapan bahawa setiap dugaan dan rintangan yang dihadapi dalam mengusahakan sesebuah perniagaan adalah merupakan asam garam rencah perniagaan. Setiap dugaan itu merupakan satu pengorbanan yang harus dibayar untuk mencapai satu kejayaan di masa hadapan. Setiap pandangan dan kritikan sinis orang sekeliling dijadikan semangat untuk beliau terus maju pada masa akan datang.


Puan Athirah juga berjaya harungi onak duri berkata doa dan usaha ahli keluarga dan rakan seperjuangan.



OBJEKTIF PERNIAGAAN BITTER SWEET BAKERI


Tujuan utama yang mendorong Pn.Athirah berkecimpung dalam perniagaan Kedai Kek adalah untuk mendapat keuntungan yang lumayan serta dapat memberi kepuasan dan pilihan kepada pelanggan setempat.


Selain itu objektif utama juga adalah bagi memberi kepuasan kepada pelanggan beragama Islam menikmati produk  makanan yang dibuat sendiri tanpa rasa was-was dan ragu-ragu.



TUJUAN PENUBUHAN BITTER SWEET BAKERI


1. Tujuan kedai bakeri Pn.Athirah dibuka adalah kerana ingin memberi satu perkhidmatan penjualan kek, roti dan biskut dengan memberi perkhidmatan yang berkualiti, suci dan halal kepada pelanggan terutama yang beragama Islam.


2. Pn.Athirah juga ingin mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan-pelanggan beliau.              


3. Dalam masa yag sama juga, beliau merancang perlaksanaan projek membuka      lebih dari  satu cawangan kedai kek di Ibu kota Kuala Lumpur.


4. Beliau juga berhasrat untuk membuat pembiayaan bagi menambah premis perniagaan dan mengumpul modal bagi mempelbagaikan lagi roti-roti dan kek di kedai bakeri beliau.


5. Beliau juga berhasrat untuk membeli mesin membuat roti dan kek bagi memperbanyakkan kuantiti setiap bancuhan roti dan kek yang ingin dibuat


RANCANGAN PEMASARAN



1. Perkhidmatan yang ditawarkan juga merangkumi perkhidmatan kek perkahwinan, pertunangan, hari jadi dan sebagainya.



2. Keutamaan perkhidmatan ialah kepada penduduk disekitar Pekan Teluk Intan, Sabak Bernam dan Tapah . Oleh kerana ‘Bitter Sweet Bakery" ini adalah satu-satunya kedai kek melayu yang terdapat dikawasan ini. Diharap ia akan menjadi tumpuan kepada seluruh penduduk disekitar kawasan ini. Ia juga merupakan satu kelebihan kerana kita tidak perlu berasa was-was tentang halal dan haramnya .



3. Pembelian adalah secara tunai.

4. Perkhidmatan bermula dari pukul 10.00 pagi sehingga 7.00 malam

5. Segala kualiti dikawal dan dijamin akan memberi kepuasan kepada setiap pelanggan yang datang mengunjungi ke kedai beliau



STRATEGI PERKHIDMATAN BITTER SWEET BAKERI

 - Puan.Athirah akan memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan setiap masa.

 - Beliau juga bersedia menerima tempahan dan menepati tempoh masa seperti yang diminta oleh pelanggan.

 - Kek, pastry dan biskut di buat dengan reka bentuk yang menarik dan rasa yang lazat

 - Harga yang dikenakan adalah sangat berpatutan dan mengikut kemampuan pelanggan.



STRATEGI PEMASARAN BITTER SWEET BAKERI



v  Puan.Athirah mewujudkan akaun Instagram bagi tujuan promosi kedai bakeri beliau.


v  Beliau juga meletakkan banner di tepi jalan di Pekan Teluk Intan dan kawasan-kawasan yang strategik.


v  Beliau juga mempromosikan secara online dan memperluaskan pasaran semaksima yang mungkin mengikut permintaan perlanggan.


v  Untuk keselesaan pelanggan ruang makan di sediakan makanan HOT, FRESH FROM THE OVEN.


v  Memberi tumpuan terhadap penduduk- penduduk Teluk Intan, Sabak Bernam dan Tapah



PROMOSI BITTER SWEET BAKERI



ü  Memberi sample biskut untuk diuji rasa kepada pelanggan secara percuma.


ü  Mengedarkan pamplet ke rumah-rumah, kesekolah-sekolah dan kedai-kedai berhampiran dan tempat orang ramai berhimpun.


ü  Menjual dengan harga yang berpatutan.


ü Memberi diskaun kepada pelanggan yang mempunyai kad Ahli.


ü  Memberi diskaun kepada pelanggan pada hari-hari tertentu seperti Hari Lahir Pelanggan.


ü  Memberi diskuan bagi pebelian kek yang kedua


LOKASI


PROGRAM KLINIK BERSAMA SI CILIK









5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. ada contact no tak yang boleh dihubungi untuk cafe ini

    ReplyDelete
  3. Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.

    ReplyDelete
  4. Salam,hai kak...boleh ke kalau dah umur 31 ni nak nakak bakeri..bagaimana langkah pertama utk bermula kalau boleh share pada saye

    ReplyDelete