Dalam subjek Asas
Keusahawanan ini, saya dikehendaki mencari seorang usahawan untuk ditemu ramah
bagi menyiapkan tugasan yang diberi. Saya memilih untuk menemu ramah seorang
usahawan yang membuka pusat perniagaan dan menawarkan perkhidmatan cucian
kereta.
Dalam Modul Asas Keusahawan ada menerangkan berkenaan ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang membolehkan indvidu tersebut menghadapi dan mengenal pasti sesuatu peluang dan seterusnya merebut peluang tersebut. Ciri-ciri positif keusahawanan juga perlu dimiliki oleh individu yang berjaya dalam hidup dan sudah pastinya ada cabaran dan rintangan yang dihadapi bagi sesorang yang bergelar usahawan.
Latar Belakang Perniagaan Pencucian Kereta
AA Car Wash Services
Centre (AACWSC) menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan mereka.
AACWSC mahu menarik perhatian pelanggan dari segi kecekapan produk dan
perkhidmatan mereka. AACWSC komited dengan misi dan visi dalam meningkatkan dan
memperbaiki perkhidmatan, terutamanya dalam ekonomi masa kini. Objektif AACWSC
adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk memenuhi keperluan
pelanggan semasa dan masa hadapan.
AACWSC dimiliki
sepenuhnya oleh seorang pemuda keusahawanan iaitu Encik Ahmad Tumaidi Bin
Nopenis dan rakan kongsi beliau Encik Mohamad Firdaus Hashim dengan modal
permulaan sebanyak RM 50,000. Kedai ini di sewa lot tanah kerajaan dengan saiz
5,000 kaki persegi yang sesuai untuk kawasan cucian, kawasan pembersihan,
pejabat, tandas, dan ruang menunggu untuk pelanggan.
AACWSC dikendalikan oleh
10 pekerja secara berpasukan dan diselia oleh dua orang pengurus, seorang
penyelia dan tujuh orang pekerja perkhidmatan pencucian untuk mencapai visi dan
misi syarikat mereka. Jumlah besar bajet pentadbiran bagi tahun pertama, iaitu
pada bulan pertama iaitu sebanyak RM 46.788. Bajet ini akan berkurang pada
bulan-bulan berikutnya. Ia juga lengkap dengan analisis SWOT untuk bersaing dan
mengekalkan perkhidmatan mereka dari segi persaingan dalam organisasi secara
sistematik dalam membantu usaha pemberian perkhidmatan pencucian kereta yang
berkualiti untuk mencapai tujuan, sama
ada dalam jangka masa pendek mahupun tujuan jangka masa panjang.
Inspirasi
Pada masa kini,
masyarakat mahu berubah dalam kehidupan mereka. Mereka lebih cenderung untuk
mengambil jalan mudah untuk melakukan sesuatu perkara. Jadi, ini adalah peluang
yang diambil oleh Encik Ahmad Tumaidi dan Encik Mohamad Firdaus untuk membuka
pusat pencucian kereta. Beliau percaya bahawa pusat perniagaan AACWSC akan maju
pada masa hadapan.
Menurut Encik Ahmad
Tumaidi, idea yang dicetuskan oleh beliau dan rakan kongsi beliau dalam
mengatur strategi membina untuk memulakan perniagaan dalam perkhidmatan
pencucian kereta perlu dilakukan dengan teliti. Mereka telah meneliti terlebih
dahulu cara untuk menguasai ilmu revolusi pasaran dengan menggunakan teknik
yang pelbagai dalam mempromosikan AACWSC untuk mendapat maklumbalas yang
positif. Teknik pemasaran bukan semata-mata untuk tujuan pengiklanan, jika
tersalah langkah akan membawa kepada kerugian. Mereka berdua amat berhati-hati
dalam memulakan perniagaan tersebut kerana tidak mahu menyesal dikemudian hari.
Pada zaman yang seba
moden, ramai yang tidak mempunyai masa untuk mencuci kereta sendiri. Idea demi
idea yang dicetuskan oleh usahawan berjaya ini dengan lokasi yang strategik,
gaya pemasaran yang pelbagai, memberi keselesaan kepada pelanggan, memberikan
kualiti perkhidmatan yang terbaik.
Keperluan Pasaran Bagi Produk dan Perkhidmatan
AA Car Wash Services
Centre adalah sebuah syarikat perusahaan yang terletak di No 5, Jalan Pine 1,
Taman Pine, 27000 Jerantut, Pahang di kawasan sewaan tanah di tengah-tengah
bandar yang merupakan jalan utama yang mudah diakses dari Jerantut ke Temerloh
atau dari Jerantut ke Kuala Lipis. Potensi target pelanggan yang disasarkan
oleh AACWSC adalah di dalam dan di luar bandar.
Aspek Khusus Produk Atau Perkhidmatan
AACWSC adalah sebuah
syarikat yang baru setahun memberikan perkhidmatan pencucian kereta di bandar
Jerantut, ia juga menyediakan pelbagai produk dan perkhidmatan cucian dan
pembersihan. Antara lain, AACWSC menyediakan televisyen dan surat khabar yang
diletakkan di kawasan menunggu untuk mengelakkan pelanggan merasa bosan
sementara menunggu kereta mereka siap dicuci.
AACWSC menyediakan tujuh perkhidmatan yang berbeza
kepada pelanggan iaitu:-
1.
Pembersihan
luaran dan dalaman.
2.
Menggilap
kereta termasuk menggilap lampu dan
cermin kereta.
3.
Menggilap
bahagian kerusi kereta.
4.
Cucian
enjin.
5.
Cucian
bahagian bawah kereta termasuk penyingkiran tar.
6.
Cucian
getah / permaidani kereta
7.
Cucian
motosikal dan superbike
Penerangan Produk Perkhidmatan
Jadual 1 menunjukkan
maklumat produk dan harga barang yang digunakan untuk mencuci kereta:-
Jenis produk
|
Harga / Seunit
|
Jumlah Pengambilan
|
Jumlah Harga Pengambilan (RM)
|
Syampu Kereta
|
RM150 (per gelen)
|
1 gal
|
150.00
|
Pembersih Kotoran
|
RM50 (per 32oz)
|
2 botol
|
100.00
|
Nano Aquashield
|
RM150 (per galen)
|
1 gal
|
150.00
|
Pembersih Tayar
|
RM35 (per 32oz)
|
2 botol
|
70.00
|
Pembersih Cermin
|
RM20 (per 32oz)
|
2 botol
|
40.00
|
Crystal Car Polish & Wax
|
RM170 (per galen)
|
1 gal
|
170.00
|
Penggilap Kerusi (Kulit)
|
RM30 (per 32oz)
|
2 botol
|
60.00
|
Jumlah Keseluruhan (RM)
|
740.00
|
Kesemua produk yang
digunakan dibeli dari pengedar iaitu Chemicals Sunshine and Machinery Sdn. Bhd.
Encik Ahmad Tumaidi memaklumkan kepada saya bahawa beliau telah melakukan
kajian dalam pemilihan wakil jualan produk yang betul dan telah mendapat
nasihat daripada rakan baik beliau sendiri yang juga merupakan seorang usahawan
yang memiliki kedai pencucian kereta. Menurut rakan beliau Syarikat Chemicals
Sunshine and Machinery Sdn. Bhd. menawarkan harga produk yang berpatutan serta
mempunyai kualiti produk yang sangat baik berbanding syarikat lain.
Antara sebab mengapa
AACWSC mengambil kuantiti produk dalam kadar yang sederhana adalah kerana
perkhidmatan pencucian kereta masih baru di kawasan Jerantut. Selain itu,
pengambilan stok secara berkala dapat menjimatkan wang disamping dapat
menguruskan stok dengan baik. AACWSC juga tidak boleh meramalkan kadar
pelanggan dalam masa satu hari kerana mungkin ada di antrara pelanggan mereka
mempunyai tempat kegemaran sendiri mencuci kereta dari segi perkhidmatan dan
lokasi.
Jadual 2 menunjukkan gambaran perkhidmatan dan kadar harga:-
Jenis-jenis
perkhidmatan
|
Kadar Harga Mengikut Kenderaan
|
Cucian kereta (Luar)
|
RM 8.00 – RM 20.00
|
Cucian kereta (Dalam)
|
RM 10.00 – RM 30.00
|
Enjin
|
RM 8.00
|
Motor
|
RM 5.00 – RM 7.00
|
Cuci Kusyen
|
RM 100.00 – RM 180.00
|
Polish Lampu Depan
|
RM 20.00 – RM 40.00
|
Polish Cermin
|
RM 130.00 (1 Set)
RM 50.00 (Depan Sahaja)
|
Polish Body & Wax
- Kancil, Viva, Mini
|
RM 120.00 (1 Layer)
RM 170.00 (2 Layer)
|
Polish Body & Wax
- Kenari, Myvi, Waja, Wira, Lain-lain
|
RM 160.00 (1 Layer)
RM 190.00 2 Layer)
|
Polish Body & Wax
-Mpv
|
RM 200.00 (1 Layer)
RM 260.00 (2 Layer)
|
Jadual 3 menunjukkan
harga berbeza bergantung kepada jenis kenderaan:-
Jenis Kenderaan
|
Luar
|
Dalam
|
Camry
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Vios
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Preve
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Lancer
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Myvi Kenari
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Perdana
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Persona
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Wira
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Waja
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Saga
|
RM 8.00
|
RM 11.00
|
Kancil
|
RM 8.00
|
RM 10.00
|
Kelisa
|
RM 8.00
|
RM 10.00
|
Viva
|
RM 8.00
|
RM 10.00
|
Mini
|
RM 8.00
|
RM 10.00
|
Mpv & Suv
|
RM 10.00
|
RM 15.00
|
4 x 4
|
RM 10.00 – RM 20.00
(bergantung kepada
kotoran)
|
RM 20.00 – RM 30.00
(bergantung kepada
kotoran)
|
Menurut Encik Ahmad
Tumaidi, anggaran pendapatan perniagaan perkhidmatan pencucian kereta ini dalam
lingkungan RM 500.00 – RM 2,500.00 satu hari. Selama setahun beliau mengusahakan perniagaan dari segi perkhidmatan tersebut, alhamdulillah kerana
sambutan yang diterima oleh pelanggan di sekitar Bandar Jerantut amat baik.
Perniagaan tersebut dibuka pada setiap hari Selasa hingga hari Ahad dan ditutup
pada hari Isnin dari jam 10.00 pagi sehingga jam 8.00 malam.
Pengurusan Operasi - Carta Aliran Operasi
Lokasi Perniagaan
Antara kawasan
berhampiran pusat pencucian kereta AACWSC ialah:-
- Bandar Inderapura – 0.3 km
- Bandar Lama Jerantut – 5 km
- Bandar Jerantut Feri – 7 km
- Bandar Temin – 5 km
AACWSC terletak di
tengah-tengah kawasan bandar Jerantut dan ia terletak bersebelahan bangunan
Bank Rakyat Cawangan Jerantut. Ia dikelilingi oleh kawasan perumahan, restoran,
bengkel kereta, kedai jualan kenderaan Proton, kedai serbaneka, sekolah, bank
dan bangunan pusat AACWSC mudah di akses dari jalan utama.
Menurut En. Ahmad
Tumaidi, antara sebab beliau memilih Jerantut sebagai pusat pencucian kereta
adalah kerana kawasan berkenaan adalah strategik dari jalan utama yang kedua
atau jalan alternatif ke Temerloh dan Kuala Lipis. Kebiasaannya, semasa waktu
puncak iaitu pada waktu rehat, mereka akan melalui hadapan AACWSC untuk makan
tengah hari dan petang di mana orang ramai akan melalui kawasan berkenaan untuk
pulang dari kerja. Ini akan menarik minat pelanggan untuk memberhentikan
kenderaan untuk dicuci kerana pusat pencucian kereta ini dikelilingi oleh
kawasan yang sedang membangun dan pengguna jalan raya menggunakan jalan
tersebut sepenuhnya untuk pergi ke Bank atau ke tempat yang lain. Oleh itu,
apabila pengguna menggunakan jalan raya, mereka akan mencari pusat mencuci
kereta AACWSC terlebih dahulu kerana ia berhampiran empat persimpangan.
Antara sebab lain En.
Ahmad Tumaidi memilih kawasan Jerantut sebagai pusat perkhidmatan utama adalah
kerana penduduk di sini meningkat sebanyak 5% setiap tahun. Ini bermakna
semakin ramai penduduk, lebih banyak kereta akan digunakan. En. Ahmad Tumaidi
telah membuat kajian dan dari pandangan beliau, setiap rumah di kawasan
perumahan Jerantut, terdiri 2 kereta minimum dan 4 kereta maksimum. Selain itu
juga, keadaan ekonomi di Jerantut adalah stabil dan konsisten di mana hampir
10% daripada Penduduk Jerantut terdiri
daripada orang luar seperti dari Kelantan, Terengganu dan lain-lain bandar.
Sebahagian daripada mereka tinggal di Jerantut kerana kerja dan sebahagian
daripada mereka hanya untuk membeli harta atau membuat perniagaan.
Kelebihan
Kelebihan yang dimiliki
oleh AACWSC adalah dari segi kemudahan dan keperluan barang yang mencukupi,
senang diperoleh dan berkualiti. AACWSC juga menyediakan perkhidmatan yang
terbaik di samping lokasi yang mudah kelihatan oleh pelanggan. AACWSC juga
mempunyai pekerja yang berpengalaman dan berkebolehan dalam perkhidmatan yang
diberi disamping masa menunggu yang singkat.
Pihak AACWSC memberikan
keselesaan tempat menunggu bagi pelanggan yang menunggu kereta mereka dibasuh
dengan majalah, surat khabar, kipas angin, televisyen dan kerusi. Selain itu
kecepatan dan kualiti pencucian kereta dijamin mampu memberi kepuasan kepada
pelanggan.
Selain daripada itu,
AACWSC juga ada membuat promosi percuma sekiranya pelanggan tersebut mencuci
kereta di AACWSC untuk kali ke 6. Pelanggan akan diberikan kupon percuma
membasuh kereta dalam tempoh sebulan untuk basuhan luar yang biasanya diberi
harga RM 8.00 sebuah. Dengan itu, pelanggan akan mewar-warkan kepada orang lain
melalui percakapan dan sms kepada kawan-kawan mereka. Pemasaran dari mulut ke
mulut adalah sangat berkesan kerana ramai pelanggan akan datang ke AACWSC.
Cabaran / Halangan
En. Ahmad Tumaidi tidak
menafikan bahawa harga dari pesaing yang lebih murah berbanding dengan pusat
pencucian kereta beliau. Menurut En. Ahmad Tumaidi cabaran dan halangan yang
dihadapi oleh beliau adalah dari segi harga yang agak tinggi sedikit dari
pesaing mereka kerana kualiti penggunaan produk yang di tawarkan dan digunakan
adalah lebih berkualiti. Kos operasi juga agak tinggi bagi kegunaan peralatan
mencuci kereta.
Seterusnya
berkemungkinan ada syarikat baru lain yang akan di buka di kawasan kami pada
masa akan datang dan ini akan memberi impak kepada perniagaan perkhidmatan
pencucian kereta kami. Selain itu, dalam kejatuhan ekonomi juga memberi impak
kepada perniagaan kami dimana pelanggan mungkin mengambil inisiatif untuk
membasuh kereta mereka dengan sendiri bagi mengurangkan kos sara hidup pada
masa kini.
Selain itu, antara
masalah lain yang dihadapi oleh AACWSC adalah pekerja bergerak dari kawasan ke
kawasan bergantung kepada keperluan yang akan menimbulkan syak kepada penyelia
bahawa pekerja tidak menyelesaikan tugasnya dengan betul. Ia tidak berkesan
untuk meminta pekerja untuk melakukan beberapa kerja apabila kerja sekarang
masih belum selesai. Kami perlu memastikan pekerja cepat dan sempurna dalam
melakukan tugasan yang di berikan.
Pihak AACWSC juga dari
semasa ke semasa dalam proses membuat penambahan keselesaan tempat menunggu bagi pelanggan
yang menunggu kereta mereka sementara dibasuh. Pihak AACWSC dalam usaha
mengumpul modal untuk memperbaiki fasiliti AACWSC dan mungkin akan mengambil
masa dalam beberapa bulan.
Kadang kala kenderaan
pelanggan menunggu lama dalam barisan untuk dicuci. Ini berlaku semasa cuti
sekolah atau musim perayaan, banyak pelanggan akan datang ke AACWSC untuk
mencuci kenderaan. Pihak AACWSC bimbang sekiranya pelnggan tidak berpuas hati
dengan perkhidmatan yang diberi oleh AACWSC. Akibatnya, AACWSC akan mempunyai
persepsi yang negatif dalam melakukan pekerjaan dan akan kehilangan pelanggan pada masa akan datang.
Hala Tuju Masa Depan
AACWSC memberi peluang
pekerjaan kepada penganggur di sekitar Jerantut. AACWSC dalam cadangan untuk
membuat rangkaian pusat pencucian kereta yang kukuh dengan penganjur utama
pameran kereta dan menaja acara di dalam usaha untuk mempelbagaikan pasaran.
AACWSC ada cuba mencapai
Misi pada masa hadapan dengan :-
1. Mempertingkatkan
mutu dan kualiti penggunaan alat mencuci kereta.
2.
Mengekalkan
margin keuntungan kasar yang tinggi.
3.
Memastikan
untung bersih meningkat.
4.
Membuka
lokasi baru selepas tiga tahun beroperasi.
5.
Menambah
pekerja yang berpengalaman.
Kesimpulan
Kesimpulannya saya
memberikan pendapat bahawa untuk menjadi usahawan yang berjaya memerlukan
tindakan yang agresif dalam segala tingkah dalam dunia perniagaan.
Bukan mudah untuk
menjadi seorang usahawan tetapi bukan sukar untuk menjadi seorang usahawan, di
mana ada kemahuan disitu ada jalan. Seorang usahawan perlu mempunyai inisiatif
yang tinggi, berani mengambil risiko, kreatif, inovatif, sanggup bekorban,
sentiasa mencari dan merebut peluang perniagaan dan mempunyai keyakinan diri
serta berorentasikan matlamat dan wawasan untuk masa hadapan.
Selok belok dalam
perniagaan haruslah diteliti terlebih dahulu seperti Encik Ahmad Tumaidi dan
Encik Mohamad Firdaus, mereka mengkaji dahulu sebelum membuka pusat pencucian
kereta AACWSC.
Akhir sekali,
berkunjunglah ke AACWSC kerana pusat pencucian kereta berkenaan menawarkan
perkhidmatan yang berkualiti dan pelanggan dijamin berpuas hati dengan
perkhidmatan yang diberi.
No comments:
Post a Comment