Popular Posts

Thursday 5 January 2017

Profil Usahawan (NASHATA/PUAN ELIZA NORDIN)

    
Profil Usahawan di Malaysia
Walaupun Malaysia sedang mengalami keadaan ekonomi yang agak mencabar, tetapi usahawan di Malaysia tumbuh bagai cendawan untuk mencapai impian mereka dalam perniagaan dan pada yang sama memenuhi keinginan pengguna dan masyarakat. Bukan senang untuk menstabilkan perniagaan mereka dengan kehendak pasaran sekarang,walhal dengan keadaan ekonomi yang menguji para usahawan untuk lebih bersabar menghadapi kehendak permintaan masa kini.Disini,saya ditugaskan untuk menemuramah seorang usahawan di Malaysia, yang bagi saya adalah seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi dalam memenuhi kehendak pasaran terutama kepada wanita muslimah yang aktif dalam bersukan tetapi dalam masa yang sama agak terhad dalam menutup aurat untuk memilih pakaian yang sesuai untuk bersukan.
Usahawan yang dimaksudkan adalah Puan Eliza Nordin pengasas Nashata, Nashata adalah suatu nama jenama pakaian sukan muslimah yang sudah beroperasi sejak May 2013.Beliau adalah seorang wanita yang aktif bersukan dan wanita yang berteknologi tinggi. Beliau adalah pengasas produk Nashata Lifestyle Sdn Bhd (Nashata.com), beliau melakukan perniagaan yang mencapai gaya hidup terkini yang memberi kuasa kepada wanita sederhana untuk mempunyai gaya hidup aktif dari masa ke semasa. Nashata telah diasaskan pada tahun 2013 di Malaysia, dimana ia dibentuk, dihasilkan dan dijual dalam bentuk pakaian sukan muslimah dan telah berkembang maju bersama rakan-rakan niaga yang lain. Nashata dibangunkan secara pembiayaan sendiri, dan membangun secara organik sejak penubuhannya. Sebelum terjebak di dalam dunia keusahawanan, Puan Eliza Nordin adalah seorang Naib Presiden dan Direktor di sebuah syarikat Teak Capital Sdn Bhd (teakcapital.com.my). Syarikat tersebut merupakan suatu firma yang memberi fokus kepada jenis pelaburan terhadap Teknologi dan ICT, beliau juga mempunyai penggalaman yang meluas melalui bidang kejuruteraan perisian, penginjilan teknologi, Perniagaan dan Pembangunan produk dan Intellectual Property di Microsoft, Universiti Multimedia dan Telekom Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dengan minor Matematik dari Universiti Of Washington,Seattle,USA. Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik beradik.

Menurut beliau, nama Nashata adalah suatu jenama dan bukanlah nama sesiapa di Syarikat Nashata Lifestyle Sdn Bhd, ia diambil dengan maksud di dalam Alquran itu sendiri ‘Al-Nash’ata’maksud oleh penciptanya Allah, dan ini adalah yang sedang mereka lakukan, mencipta dan mengeluarkan sesuatu pakaian sukan khusus untuk wanita yang sentiasa aktif dan pada masa yang sama ingin menutup aurat. Pada pandangan saya usahawan yang mengeluarkan pakaian muslimah tidak berapa berkembang lagi di Malaysia, bermacam-macam jenis pakaian dan jenis kualiti kain yang dikeluarkan, ini membuatkan saya sebagai penemuramah dan juga sebagai pengguna yang aktif bersukan agak susah untuk mencari pakaian khas untuk menutup aurat. Kenapa produk seperti ini dikeluarkan adalah sangat sesuai untuk ramai wanita muslimah yang aktif di luar sana seperti mereka yang mempunyai hobi aktiviti lasak seperti bermain ski, berbasikal, berenang,berlari dan sebagainya. Menurut beliau, idea ini tercetus apabila beliau dan keluarganya mendaki Gunung Kinabalu, beliau menghadapi sakit kepala yang teramat sangat apabila cuaca sedang panas, dari situ beliau mendapat idea untuk mencari pakaian sukan yang sesuai untuk muslimah (Proses Eureka). Beliau juga mengkaji dan berjumpa dengan penjual yang menjual pakaian sukan muslimah yang terdapat di setengah pasaran. Walaubagaimanapun, fabrik kain yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia ini. Tambahan pula, pakaian sukan yang ada di pasaran tidak memenuhi citarasa muslimah yang aktif bersukan,untuk tidak berhenti terus dari aktiviti sukan yang diminati kerana kekangan pakaian sukan yang menutup aurat kurang berada di pasaran, tercetus la Nashata ini di cipta justeru dapat memenuhi permintaan orang ramai yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti beliau.
Fokus dan objektif utama beliau dalam mengeluarkan produk ini adalah untuk mengalakkan wanita di luar sana agar menjalani kehidupan yang sihat dan aktif secara mudah dengan berpakaian sukan yang selesa tanpa menjejaskan kesederhanaan. Apabila kita bersenam, kita akan bertindak secara semulajadi dalam menjaga pemakanan kita, kita akan sentiasa menjaga pemakanan secara sihat dan,bersih. Membuat latihan selalu dan cuba untuk mencapai target yang diingini, selari dengan tagline Nashata iaitu ‘Memperkasakan gaya hidup aktif’ (Empowering Active Lifestyle). Beliau berharap dengan pengeluaran produk ini dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu wanita

muslimah dalam berpakaian aktif melalui produk Nashata ini, maksudnya menyediakan pakaian kepada wanita yang berfikiran khusus kepada sesuatu pengetahuan,yakin dan prograsif. Sesetengah masyarakat mentakrifkan orang muslim mempunyai had dalam berpakaian, dengan pengeluaran seperti produk ini ia tidak menghalang mereka untuk bergerak aktif.
Saya tertarik dengan produk Nashata yang dikeluarkan oleh idea beliau dan rakan-rakan yang lain, perbezaan produk Nashata itu sendiri dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu wanita muslimah yang aktif yang memberikan keselesaan kepada mereka ketika bersukan.Reka bentuk idea pakaian tersebut adalah jenis Riada dan Ultra, Riada adalah pakaian sukan yang kurang dari dua jam untuk bersenam, manakala jenis Ultra pula untuk wanita yang bersukan berjam-jam lamanya yang sesuai untuk sukan seperti marathon atau Trialthon. Perbezaan produk tersebut adalah menunjukkan pelbagai dari segi bentuk dan reka bentuk yang sesuai dibawa terus untuk bersolat terutama untuk aktiviti sukan yang berjam lamanya, lapisan kain yang labuh dapat menutup aurat sesuai untuk dibawa ketika bersolat. Reka bentuk pakaian tersebut juga mempunyai logo Nashata dimana logo tersebut dapat memberi kesan pantulan cahaya apabila berada di kawasan yang gelap, ia membolehkan bersenam pada waktu malam. Pengeluaran produk pakaian muslimah sukan ini dikira baru juga, beliau dan rakan-rakan sekerja yang lain sentiasa membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam setiap penyelesainya. Secara peribadi beliau juga menggunakan produk sukan yang lain untuk mengetahui aktiviti yang sesuai dan bagaimana untuk menghadapi cabaran tersebut. Menurut beliau lagi, mereka bukan sahaja mengeluarkan produk yang berinovatif pakaian sukan muslimah, tetapi mereka juga turut berkongsi cerita dan penggalaman yang memberi inspirasi kepada wanita dalam aktiviti sukan dan riadah. Beliau juga memaklumkan Nashata juga mempunyai Blog tentang bersukan seperti berlari, yoga, kesihatan, tips dan tips pemakaian di nashata.com/blog/. Harga produk Nashata juga sangat berbaloi dengan kuantiti dan kualiti yang ditawarkan.


Akhir sekali, untuk mengakhiri perbualan kami, saya bertanyakan tentang apakah kata-kata motivasi yang boleh dikongsi kepada semua usahawan dan juga kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawan ini, beliau berharap agar para usahawan sentiasa memberi tumpuan dan fokus terhadap pelanggan, fokus untuk membuat pelanggan berpuashati terhadap barangan tersebut,kerana mereka ialah salah seorang yang membantu kita dalam mencapai impian yang dikehendaki. Puan Eliza Nordin juga menjadikan Tun Dr Siti Hasmah sebagai idolanya, dengan sifat yang rendah diri,baik,berpengetahuan tinggi menjadikan sebagai tauladan untuk beliau meneruskan cita-cita beliau.
Semoga perkongsian ini tentang profil Usahawan yang ada di Malaysia menjadi satu platform kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang usahawanan, ciri-ciri ini juga membezakan mereka dengan orang biasa. Orang-orang yang Berjaya juga memiliki kebanyakan daripada ciri-ciri yang ada pada usahawan. Saya berharap juga lebih ramai usahawan seperi Puan eliza Nordin ini di Malaysia yang menjadikan produk berinovatif ke arah islamik lebih menarik perhatian masyarakat bukan sahaja kepada para muslimin dan muslimat tetapi boleh menarik perhatian semua kaum dan agama tanpa batasan untuk mencuba pakaian sukan seperti ini.










Puan Eliza Nordin
Pengasas Nashata Lifestyle Sdn Bhd




Produk NASHATA
http://shop.nashata.com/img/logo-1.jpg?1478354915

Pakaian renang
Pakain Berlari, Yoga, Mendaki
 tudung sukan hijab

 
Menjual di Instagram dan juga Online
Nashata.com.my
















No comments:

Post a Comment