Popular Posts

Thursday 5 January 2017

Profil Usahawan (NASHATA/PUAN ELIZA NORDIN)

    
Profil Usahawan di Malaysia
Walaupun Malaysia sedang mengalami keadaan ekonomi yang agak mencabar, tetapi usahawan di Malaysia tumbuh bagai cendawan untuk mencapai impian mereka dalam perniagaan dan pada yang sama memenuhi keinginan pengguna dan masyarakat. Bukan senang untuk menstabilkan perniagaan mereka dengan kehendak pasaran sekarang,walhal dengan keadaan ekonomi yang menguji para usahawan untuk lebih bersabar menghadapi kehendak permintaan masa kini.Disini,saya ditugaskan untuk menemuramah seorang usahawan di Malaysia, yang bagi saya adalah seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi dalam memenuhi kehendak pasaran terutama kepada wanita muslimah yang aktif dalam bersukan tetapi dalam masa yang sama agak terhad dalam menutup aurat untuk memilih pakaian yang sesuai untuk bersukan.
Usahawan yang dimaksudkan adalah Puan Eliza Nordin pengasas Nashata, Nashata adalah suatu nama jenama pakaian sukan muslimah yang sudah beroperasi sejak May 2013.Beliau adalah seorang wanita yang aktif bersukan dan wanita yang berteknologi tinggi. Beliau adalah pengasas produk Nashata Lifestyle Sdn Bhd (Nashata.com), beliau melakukan perniagaan yang mencapai gaya hidup terkini yang memberi kuasa kepada wanita sederhana untuk mempunyai gaya hidup aktif dari masa ke semasa. Nashata telah diasaskan pada tahun 2013 di Malaysia, dimana ia dibentuk, dihasilkan dan dijual dalam bentuk pakaian sukan muslimah dan telah berkembang maju bersama rakan-rakan niaga yang lain. Nashata dibangunkan secara pembiayaan sendiri, dan membangun secara organik sejak penubuhannya. Sebelum terjebak di dalam dunia keusahawanan, Puan Eliza Nordin adalah seorang Naib Presiden dan Direktor di sebuah syarikat Teak Capital Sdn Bhd (teakcapital.com.my). Syarikat tersebut merupakan suatu firma yang memberi fokus kepada jenis pelaburan terhadap Teknologi dan ICT, beliau juga mempunyai penggalaman yang meluas melalui bidang kejuruteraan perisian, penginjilan teknologi, Perniagaan dan Pembangunan produk dan Intellectual Property di Microsoft, Universiti Multimedia dan Telekom Malaysia. Beliau juga merupakan pemegang ijazah dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dengan minor Matematik dari Universiti Of Washington,Seattle,USA. Beliau merupakan anak kedua dari tiga adik beradik.

Menurut beliau, nama Nashata adalah suatu jenama dan bukanlah nama sesiapa di Syarikat Nashata Lifestyle Sdn Bhd, ia diambil dengan maksud di dalam Alquran itu sendiri ‘Al-Nash’ata’maksud oleh penciptanya Allah, dan ini adalah yang sedang mereka lakukan, mencipta dan mengeluarkan sesuatu pakaian sukan khusus untuk wanita yang sentiasa aktif dan pada masa yang sama ingin menutup aurat. Pada pandangan saya usahawan yang mengeluarkan pakaian muslimah tidak berapa berkembang lagi di Malaysia, bermacam-macam jenis pakaian dan jenis kualiti kain yang dikeluarkan, ini membuatkan saya sebagai penemuramah dan juga sebagai pengguna yang aktif bersukan agak susah untuk mencari pakaian khas untuk menutup aurat. Kenapa produk seperti ini dikeluarkan adalah sangat sesuai untuk ramai wanita muslimah yang aktif di luar sana seperti mereka yang mempunyai hobi aktiviti lasak seperti bermain ski, berbasikal, berenang,berlari dan sebagainya. Menurut beliau, idea ini tercetus apabila beliau dan keluarganya mendaki Gunung Kinabalu, beliau menghadapi sakit kepala yang teramat sangat apabila cuaca sedang panas, dari situ beliau mendapat idea untuk mencari pakaian sukan yang sesuai untuk muslimah (Proses Eureka). Beliau juga mengkaji dan berjumpa dengan penjual yang menjual pakaian sukan muslimah yang terdapat di setengah pasaran. Walaubagaimanapun, fabrik kain yang digunakan tidak sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia ini. Tambahan pula, pakaian sukan yang ada di pasaran tidak memenuhi citarasa muslimah yang aktif bersukan,untuk tidak berhenti terus dari aktiviti sukan yang diminati kerana kekangan pakaian sukan yang menutup aurat kurang berada di pasaran, tercetus la Nashata ini di cipta justeru dapat memenuhi permintaan orang ramai yang mungkin mempunyai masalah yang sama seperti beliau.
Fokus dan objektif utama beliau dalam mengeluarkan produk ini adalah untuk mengalakkan wanita di luar sana agar menjalani kehidupan yang sihat dan aktif secara mudah dengan berpakaian sukan yang selesa tanpa menjejaskan kesederhanaan. Apabila kita bersenam, kita akan bertindak secara semulajadi dalam menjaga pemakanan kita, kita akan sentiasa menjaga pemakanan secara sihat dan,bersih. Membuat latihan selalu dan cuba untuk mencapai target yang diingini, selari dengan tagline Nashata iaitu ‘Memperkasakan gaya hidup aktif’ (Empowering Active Lifestyle). Beliau berharap dengan pengeluaran produk ini dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu wanita

muslimah dalam berpakaian aktif melalui produk Nashata ini, maksudnya menyediakan pakaian kepada wanita yang berfikiran khusus kepada sesuatu pengetahuan,yakin dan prograsif. Sesetengah masyarakat mentakrifkan orang muslim mempunyai had dalam berpakaian, dengan pengeluaran seperti produk ini ia tidak menghalang mereka untuk bergerak aktif.
Saya tertarik dengan produk Nashata yang dikeluarkan oleh idea beliau dan rakan-rakan yang lain, perbezaan produk Nashata itu sendiri dapat menyelesaikan masalah yang membelenggu wanita muslimah yang aktif yang memberikan keselesaan kepada mereka ketika bersukan.Reka bentuk idea pakaian tersebut adalah jenis Riada dan Ultra, Riada adalah pakaian sukan yang kurang dari dua jam untuk bersenam, manakala jenis Ultra pula untuk wanita yang bersukan berjam-jam lamanya yang sesuai untuk sukan seperti marathon atau Trialthon. Perbezaan produk tersebut adalah menunjukkan pelbagai dari segi bentuk dan reka bentuk yang sesuai dibawa terus untuk bersolat terutama untuk aktiviti sukan yang berjam lamanya, lapisan kain yang labuh dapat menutup aurat sesuai untuk dibawa ketika bersolat. Reka bentuk pakaian tersebut juga mempunyai logo Nashata dimana logo tersebut dapat memberi kesan pantulan cahaya apabila berada di kawasan yang gelap, ia membolehkan bersenam pada waktu malam. Pengeluaran produk pakaian muslimah sukan ini dikira baru juga, beliau dan rakan-rakan sekerja yang lain sentiasa membuat kajian dan pembangunan (R&D) dalam setiap penyelesainya. Secara peribadi beliau juga menggunakan produk sukan yang lain untuk mengetahui aktiviti yang sesuai dan bagaimana untuk menghadapi cabaran tersebut. Menurut beliau lagi, mereka bukan sahaja mengeluarkan produk yang berinovatif pakaian sukan muslimah, tetapi mereka juga turut berkongsi cerita dan penggalaman yang memberi inspirasi kepada wanita dalam aktiviti sukan dan riadah. Beliau juga memaklumkan Nashata juga mempunyai Blog tentang bersukan seperti berlari, yoga, kesihatan, tips dan tips pemakaian di nashata.com/blog/. Harga produk Nashata juga sangat berbaloi dengan kuantiti dan kualiti yang ditawarkan.


Akhir sekali, untuk mengakhiri perbualan kami, saya bertanyakan tentang apakah kata-kata motivasi yang boleh dikongsi kepada semua usahawan dan juga kepada mereka yang ingin menceburi bidang keusahawan ini, beliau berharap agar para usahawan sentiasa memberi tumpuan dan fokus terhadap pelanggan, fokus untuk membuat pelanggan berpuashati terhadap barangan tersebut,kerana mereka ialah salah seorang yang membantu kita dalam mencapai impian yang dikehendaki. Puan Eliza Nordin juga menjadikan Tun Dr Siti Hasmah sebagai idolanya, dengan sifat yang rendah diri,baik,berpengetahuan tinggi menjadikan sebagai tauladan untuk beliau meneruskan cita-cita beliau.
Semoga perkongsian ini tentang profil Usahawan yang ada di Malaysia menjadi satu platform kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam bidang usahawanan, ciri-ciri ini juga membezakan mereka dengan orang biasa. Orang-orang yang Berjaya juga memiliki kebanyakan daripada ciri-ciri yang ada pada usahawan. Saya berharap juga lebih ramai usahawan seperi Puan eliza Nordin ini di Malaysia yang menjadikan produk berinovatif ke arah islamik lebih menarik perhatian masyarakat bukan sahaja kepada para muslimin dan muslimat tetapi boleh menarik perhatian semua kaum dan agama tanpa batasan untuk mencuba pakaian sukan seperti ini.










Puan Eliza Nordin
Pengasas Nashata Lifestyle Sdn Bhd




Produk NASHATA
http://shop.nashata.com/img/logo-1.jpg?1478354915

Pakaian renang
Pakain Berlari, Yoga, Mendaki
 tudung sukan hijab

 
Menjual di Instagram dan juga Online
Nashata.com.my
















Wednesday 4 January 2017

Industri Pelancongan Di Malaysia



Huraikan dengan terperinci tentang Industri Pelancongan di Malaysia.

      i.        Apa itu industri pelancongan?

Pelancongan adalah satu sistem terbuka yang mempunyai hubungan dengan persekitaran yang luas dan juga dengan elemen-elemen manusia seperti pelancong, elemen kawasan iaitu kawasan pelancongan, elemen ekonomi seperti industri pelancongan dan elemen dinamik iaitu individu yang mengembara bagi tujuan berehat di luar tempat tinggal mereka.Perkataan pelancongan juga merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan perniagaan, dan ianya merangkumi subsektor yang berikut: penginapan, membeli-belah, produk pelancongan (iaitu ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik. 


    ii.        Tahap pembangunan industri pelancongan

Industri pelancongan di Malaysia telah berkembang pesat sejak lebih tiga dekad yang lalu.  Kawasan pantai terutamanya menjadi tumpuan ramai pelancong walaupun banyak destinasi pelancongan lain yang telah dibangunkan.  Malah, kawasan pantai dijadikan sebagai daya tarikan utama industri pelancongan negara.  Selain itu, sektor pelancongan di negara merupakan penggerak kepada peningkatan ekonomi beberapa buah negara bahkan Malaysia sendiri.  Hal ini dapat dibuktikan apabila banyak negara-negara maju mula bergerak dalam memajukan industri pelancongan di Negara mereka untuk tukaran wang asing yang lumayan. 
Banyak kawasan-kawasan semulajadi yang mempunyai keunikan tersendiri telah dibangunkan untuk tujuan pelancongan seperti meneroka hutan-hutan untuk dijadikan resort, hotel dan tempat penginapan bagi pengunjung yang mahukan suasana yang nyaman.  Secara tidak langsung lebih banyak tempat yang unik dibangunkan untuk memajukan industri pelancongan seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara.Tahap pembangunan industri pelancongan di Malaysia amat membanggakan.  Tambahan pula dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan seperti kemudahan infrastruktur dan juga kemudahan rekreasi dapat memberi keselesaan kepada pelancong yang datang. 
Namun demikian, pembangunan industri pelancongan memerlukan perancangan yang komprehensif untuk terus maju.  Hal ini kerana, untuk mengelakkan perkara negatif berlaku seperti kawasan pelancongan yang dalam proses untuk dibangunkan tidak mendatangkan keuntungan disebabkan beberapa perkara yang tidak diambil kira ketika merancang untuk memajukannya.  Kos yang digunakan untuk membangunkan sesebuah kawasan supaya dijadikan tarikan pelancong tempatan mahupun domestik amat tinggi.  Justeru, badan kerajaan dan juga swasta harus merancang dengan teliti demi kebaikan bersama.
Selain itu, perancangan untuk membangunkan industri pelancongan perlulah berdasarkan permintaan terkini.  Industri pelancongan telah menyumbang dengan ketara kepada ekonomi negara sejak 30 tahun yang lalu, terutamanya dari segi sumbangan kepada pendapatan tukaran asing dan pewujudan peluang pekerjaan. Sektor pelancongan di negara ini telah berubah daripada pelancongan berorientasi domestik dan wilayah serantau pada tahun 1970an kepada pelancongan secara besar-besaran pada tahun 1980an.  Penekanan telah diberikan kepada perancangan membangunkan produk khusus untuk meningkatkan jumlah pelancong yang berpotensi untuk berbelanja tinggi serta menarik pelancong yang datang dari negara yang jauh.
Sektor swasta digalakkan untuk mempromosikan industri pelancongan dengan cara membangunkan produk pelancongan bagi memenuhi permintaan pasaran.  Manakala badan kerajaan turut menyokong usaha yang mereka lakukan dengan menyediakan infrastruktur dan pelbagai kemudahan.  Penambahbaikan sumber sedia ada supaya lebih menarik, berkualiti dapat dicapai menerusi usaha-usaha yang dijalankan oleh sektor swasta dan juga badan kerajaan.
Dua dana yang dikhususkan untuk industri pelancongan telah ditubuhkan sebagai langkah untuk menggalakkan sektor swasta supaya membangunkan industri pelancongan.  Dana tersebut adalah Tabung Infrastruktur Pelancongan dan Tabung Pelancongan PKS.  Tujuannya adalah untuk meningkatkan permintaan bagi pembiayaan mudah projek pelancongan baru dan melakukan penambahbaikan serta memperluas infrastruktur serta kemudahan pelancongan sedia ada.
Program Inap Desa dan Kelab Pelancongan Pelajar yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah untuk meningkatkan penyertaan penduduk tempatan dalam aktiviti ekonomi berkaitan pelancongan.  Pada tahun 2002, Program Silver Hair telah digantikan dengan Program Malaysia Rumah KeduaKu (MM2H) bagi menggalak dan melanjutkan tempoh penginapan pelancong asing di negara ini.  Bagi menambah baik perkhidmatan agensi barisan hadapan industri ini, Kerajaan telah mengadakan kursus seperti ‘Think Tourism’, ‘Eco-Host’ dan ‘Mesra Malaysia’.





   iii.        Rujukan kepentingan dan sumbangan industri pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara

Industri pelancongan bukan sahaja menawarkan perkhidmatan kepada pelancong malah menjadi penyumbang peluang pekerjaan yang penting bagi sesebuah negara yang sedang membangun.  Pembangunan kawasan pelancongan membantu penduduk tempatan untuk menjana pendapatan dan seterusnya membantu meningkatkan taraf hidup mereka.  Tenaga penduduk setempat amat membantu kelancaran sesebuah kawasan pelancongan tersebut.  Tambahan pula, industri pelancongan banyak menawarkan pekerjaan dari pelbagai bidang dan banyak peluang pekerjaan mahir dan tidak mahir dapat diwujudkan.
Di samping itu, peluang pekerjaan tidak terhad kepada sektor perhotelan sahaja tetapi banyak peluang pekerjaan untuk bekerja di restoran, menjadi pemandu pelancong, terlibat dengan aktiviti pengangkutan, bekerja dengan agensi pelancongan, industri kraftangan dan lain-lain.Disebabkan kemajuan dalam industri pelancongan semakin berkembang, permintaan tenaga kerja dalam sektor perhotelan telah meningkat daripada 5,200 orang dalam tahun 1970 kepada 30,300 orang dalam tahun 1985 malah pendapatan tukaran asing yang diperolehi melalui industri pelancongan telah meningkat tiga kali ganda dalam jangka masa 1975-1985 iaitu daripada $389.5 juta pada tahun 1975 kepada $1412.4 juta pada tahun 1985. 
Oleh yang demikian, industri pelancongan kini menjadi salah satu faktor terpenting sebagai sumber tukaran asing (Berita Harian, 1986).Sektor perkhidmatan yang juga merupakan sektor pelancongan telah memberi sumbangan tertinggi kepada keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan diramal terus meningkat selari dengan kebanyakan negara maju.
Justeru, rakyat Malaysia seharusnya diingatkan bahawa sebuah negara perkhidmatan adalah sama dengan sebuah negara maju.  Asas-asas keperluan industri hendaklah dipupuk dari awal.  Pada tahun 2015, pelancong asing yang datang ke Malaysia diramalkan berjumlah 29.4 juta orang berbanding bilangan pelancong asing yang datang pada tahun 2014.  Kedatangan mereka dijangka meningkatkan hasil negara sehingga mencecah RM89 bilion, iaitu RM17 bilion melebihi hasil tahun 2014.
Setiap golongan masyarakat harus bertindak menjadi tuan rumah untuk menerima kunjungan pelancong-pelancong yang akan tiba sebagai cara untuk mengalu-alukan kehadiran mereka.  Perkara yang mendorong pelancong asing untuk datang melancong ke Malaysia adalah termasuk membeli-belah atau mereka ingin menikmati kecantikan alam semula jadi.  Status Malaysia yang merupakan salah satu destinasi membeli-belah yang utama di dunia telah kerana nilai ringgit yang rendah telah menyebabkan barangan tempatan bertambah kompetitif.
Ada juga pelancong yang datang ke Malaysia untuk menikmati keindahan tropika di samping melarikan diri dari kesejukan terutamanya pelancong dari hemisfera utara.  Nilai ringgit yang rendah perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk memperoleh keuntungan jangka panjang.  Kita tidak seharusnya mengambil kesempatan ke atas pelancong asing semata-mata ingin mengaut keuntungan berlebihan.  Sebaliknya, kita perlu berusaha menggalakkan mereka kembali melawat Malaysia atau mengharapkan mereka mempromosikan Malaysia di luar negara. 
Kunci kepada sumber pertumbuhan ekonomi yang kukuh adalah dengan berusaha meningkatkan keuntungan dari pelbagai sektor.  Pelancongan domestik di antara Sabah, Sarawak dan semenanjung perlu dipromosikan kerana pelancongan domestik ini bukan sahaja mampun menjana pendapatan negara bahkan menyumbang kepada integrasi nasional dan meningkatkan perasaan cintakan negara.
Mungkin usaha ini boleh digalakkan sebagai aktiviti sekolah mengambil faedah dari kewujudan syarikat penerbangan tambang murah yang sedia ada.  Musim cuti sekolah begitu sinonim dengan percutian keluarga.  Ada yang melancong keluar negara, namun majoritinya adalah merupakan pelancongan domestik.  Nilai ringgit yang lemah membuatkan pelancongan domestik lebih menarik untuk rakyat Malaysia.  Penduduk Semenanjung perlu mengambil inisiatif untuk meneroka Sabah dan Sarawak, dan juga sebaliknya, bukan sahaja untuk melihat kecantikan alam semula jadi tetapi juga untuk mengenali negara dan kekayaan budaya kita.  
Setiap ringgit yang dibelanjakan di dalam negara akan memberi kesan pengganda yang maksimum terhadap ekonomi negara melalui rantaian aktiviti-aktiviti ekonomi.  Ini bermakna seringgit yang dibelanjakan menyumbangkan lebih dari seringgit terhadap KDNK.  Sebaliknya, perbelanjaan melancong keluar negara merupakan ketirisan terhadap KDNK.  Jumlah perbelanjaan melancong keluar negara yang besar akan mengimbangi perbelanjaan pelancong luar yang mengunjungi Malaysia. 
Demi mendapatkan kesan bersih yang maksimum daripada sumbangan sektor pelancongan terhadap ekonomi hasil dari penurunan nilai ringgit, pelancongan domestic perlu ditingkatkan untuk mengambil alih pelancongan keluar negara di samping berusaha meningkatkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia.  Perkara ini membolehkan industri pelancongan kekal sebagai penggerak utama pertumbuhan sektor perkhidmatan.
Aktiviti promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM)yang dibuat pada tahun 2007 adalah mantap dan dijangka akan terus melonjakkan prestasi sektor pelancongan.  Dalam tempoh enam bulan pertama, ketibaan pelancong bertambah 24.8% kepada 10.7 juta (Januari-Jun 2006: 4.9%; 8.6 juta), membolehkan Malaysia mencapai sasaran ketibaan pelancong sebanyak 20.1 juta pada tahun 2007 dengan jumlah pendapatan sebanyak RM44.5 bilion (2006: 17.5 juta; RM38.2 bilion). Jumlah pelancong tertinggi dari Januari hingga Jun 2007 ialah dari Singapura (5.3 juta), Indonesia (910,388) dan Thailand (817,550). 
Industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) merupakan segmen yang semakin membangun bagi sektor pelancongan yang mana menyumbang sekurang-kurangnya 10.0% jumlah ketibaan pelancong di negara ini. Pada tahun 2007, sejumlah 8,375 acara MICE antarabangsa telah dirancang, melibatkan lebih daripada dua juta delegasi asing dengan pendapatan dijangka mencapai RM4.5 bilion atau pertumbuhan sebanyak 73.8% (2006: 3,148 acara; 820,243 delegasi asing; RM2.6 bilion; 12.8%). Sejajar dengan usaha menggalakkan rakyat asing menetap lebih lama di Malaysia, Kerajaan akan meneruskan usaha bagi mengukuh dan mempromosi program Malaysia Rumah KeduaKu (MM2H) secara aktif.  Sejak pelancarannya pada tahun 1996 hingga akhir 2006, program ini telah berjaya menarik 9,551 peserta asing yang mana 2,021 adalah dari China, Bangladesh (1,429) dan Britain (1,049). Dalam tempoh Januari hingga Julai 2007, program ini telah berjaya menarik 940 peserta dengan bilangan tertinggi dari Britain (146), diikuti oleh Jepun (123), Bangladesh (112), Korea Selatan (111) dan China (52).


   iv.        Halangan / cabaran industri pelancongan

Malaysia mempunyai banyak produk pelancongan yang berkaitan dengan alam semula jadi yang unik dan bertaraf dunia.  Tidak kurang juga, ramai pelancong yang memfokuskan kepada produk alam semula jadi, seperti pantai, hutan dan sebagainya.  Namun tidak kurang juga sebahagian dari produk tersebut telah dicemari oleh manusia, sama ada dirosakkan atau dikotori.  Sudah tentu, keadaan sebegini memberi pengalaman yang tidak enak untuk pengunjung di sebalik anugerah semula jadi yang menakjubkan.  
Secara umum, faktor-faktor negatif yang berkaitan dengan sikap manusia tersebut memberi kesan sampingan yang buruk kepada industri pelancongan, terutama untuk jangka masa panjang.  Ianya memberi publisiti negatif untuk negara dan boleh memberi kesan terhadap jumlah pelancong untuk masa hadapan yang mungkin akan terjejas.  Dalam pada itu, pencemaran alam sekitar dan kerosakan boleh menyumbang kepada kos sosial yang tinggi dan memberi kesan negatif kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa hadapan.
Tindakan segara harus diambil untuk menangani masalah ini oleh penggiat industri pelancongan malah perlu diambil perhatian oleh semua masyaraka umum.  Sikap-sikap positif yang menjadi teladan masyarakat harus dibudayakan dengan lebih banyak supaya amalan menjaga kebersihan persekitaran, memberi layanan yang baik kepada tetamu dan sebagainya terus diamalkan.
Dengan mengamalkan sikap-sikap positif tersebut, ianya mampu mengurangkan kos sosial.  Seterusnya meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.Segalanya harus bermula dari peringkat individu dan tidak perlu melibatkan perubahan dasar kerajaan dengan perbelanjaan yang besar.
Pada masa ini, sektor pelancongan menggaji kira-kira 14 peratus daripada jumlah tenaga kerja negara. Walaubagaimanapun, purata gaji dalam sektor pelancongan secara amnya adalah rendah berbanding dengan sektor ekonomi utama yang dalam negara. Sebagai contoh, warga Malaysia yang bekerja di hotel dan restoran menerima gaji purata RM1,084 sebulan berbanding dengan RM2,114 dalam sektor perkhidmatan kewangan, dan RM2,621 dalam sektor minyak, gas dan tenaga.
Malaysia juga menghadapi isu pengaliran keluar tenaga mahir di mana penduduk tempatan lebih tertarik untuk bekerja di negara-negara seperti Singapura, Hong Kong dan Macau yang menawarkan prospek pendapatan yang lebih baik. Misalnya, pembukaan resort bersepadu di Singapura telah menarik minat sejumlah besar warga Malaysia untuk mencari peluang pekerjaan di sana.



            Sistem sokongan oleh pihak kerajaan dan swasta yang ditawarkan untuk pembangunan industri pelancongan

Peningkatan kedatangan pelancong sebanyak 137,128 pada tahun 2011, dari 24,714,324 orang kepada 24,577,196 orang pada tahun 2010 telah menyebabkan kerajaan menjalankan pelbagai rancangan untuk merangsang kemampanan sektor pelancongan.  Negara juga sedang berusaha mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kerajaan telah mengenal pasti program yang akan membantu mencapai sasaran iaitu program inap desa.  Program ini dijalankan untuk menarik minat masyarakat luar bandar untuk sama-sama terlibat dalam menjayakan usaha meningkatkan sektor pelancongan.  Di samping itu, penglibatan masyarakat luar bandar dalam program ini dapat membantu mereka meraih pendapatan tambahan sebanyak RM15.7 juata berbanding RM14 juta yang disasarkan pada tahun berkenaan.
Mereka yang terlibat dalam usaha kerajaan ini berjaya memperoleh pendapatan yang lebih baik daripada sebelum ini serta membantu menambahkan lagi aktiviti ekonomi penduduk kampung.  Program Inap Desa bukan sahaja untuk dijadikan tempat penginapan pelancong malah ianya juga boleh dijadikan tarikan kepada pelancong asing untuk melihat gaya hidup masyarakat Malaysia yang kaya dengan budaya.
Selain menjalankan program Inap Desa, kerajaan juga menjadikan Malaysia sebagai pusat membeli-belah yang utama di dunia.  Kewujudan pusat membeli-belah yang terkenal dan moden di negara ini menjadikannya sebagai salah satu tarikan dan mendapat tempat dalam kalangan komuniti pelancong antarabangsa yang mana buktinya dapat dilihat melalui jumlah yang dibelanjakan pada 2011.
Sebagai destinasi beli-belah bebas cukai dapat membantu mempromosikan Malaysia supaya lebih dikenali sebagai syurga beli-belah akan terus memperkukuhkan lagi kedudukan negara sebagai destinasi utama untuk dilawati, membeli-belah dan beristirehat.  Pembangunan sektor perlancongan dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dari pelbagai bidang seperti peruncitan, makanan dan minuman, penginapan, pengangkutan dan kraftangan. 
Kepelbagaian ekonomi dan aktiviti pelancongan seperti membangunkan lebih banyak hotel, mewujudkan spa untuk beristirehat serta mempertingkatkan kemudahan sedia ada adalah seiring dengan usaha kerajaan untuk membangunkan sektor pelancongan.  Kementerian Pelancongan akan mempertingkatkan promosi dan kempen pemasaran melalui jenama global kita “Malaysia Truly Asia” dengan mengetengahkan pelbagai kemudahan untuk menggerakkan industri pelancongan.




   vi.        Langkah-langkah untuk mendorong dan membangunkan industri pelancongan

Pelbagai cara telah dilakukan untuk membangunkan industri pelancongan.  Antaranya ialah 12 Projek Permulaan (Entry Point Project atau EPP) yang merangkumi lima tema telah dikenal pasti untuk meningkatkan pendapatan pelancongan negara. Kita juga telah mengenal pasti tiga peluang perniagaan yang bakal menjadi kenyataan berikutan jangkaan pertumbuhan industri pelancongan. Sebagaimana yang akan dijelaskan dalam 12 EP ini dan tiga peluang perniagaan bersama dengan pertumbuhan asas sektor akan merangsangkan peningkatan pertumbuhan industri pelancongan daripada PNK sebanyak RM36.9 bilion yang tercatat pada masa ini kepada PNK sebanyak RM103.6 bilion menjelang 2020. 
Sumbangan PNK sebanyak RM103.6 bilion merangkumi PNK sebanyak RM9.7 bilion daripada kesan penggandaan yang dijana oleh EPP sektor yang lain. Sumber terbesar kesan penggandaan ini ialah daripada NKEA yang termasuk Elektrik dan Elektronik serta Minyak Sawit. Adalah dijangka golongan profesional yang bekerja di Malaysia dalam NKEA tersebut akan membawa manfaat yang akan merangsangkan industri restoran, perhotelan dan sektor pelancongan yang lebih luas.
Dua belas projek permulaan (EPP) tersebut merangkumi lima tema luas yang memenuhi keperluan pelbagai segmen pelancong, iaitu dari penggemar membeli-belah hinggalah kepada pencinta alam semula jadi, pengembara perniagaan dan juga percutian seisi keluarga.
Tema pertama iaitu barangan mewah mampu milik di mana menempatkan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah bebas cukai bagi barangan pelancongan, menjadikan kawasan Kuala Lumpur City Centre -  Bukit Bintang sebagai present membeli-belah yang meriah dan membuka tiga ruang perniagaan premium baharu di Malaysia.
Manakala tema yang kedua iaitu kembara alam semula jadi merangkumi memartabatkan Malaysia sebagai hab diodiversiti global.  Tema ketiga iaitu keseronokan seisi keluarga adalah dengan membangunkan resort bersepadu eko-semula jadi di Sabah dan mewujudkan Straits Riviera.  Tema keempat iaitu acara, hiburan, spa dan sukan menyasarkan lebih banyak acara antarabangsa, dan mewujudkan zon hiburan khas, membangunkan kepakaran tempatan dan mengawal selia industri spa dengan lebih baik serta meluaskan tawaran pelancongan sukan di Malaysia tanpa hanya terbatas pada penganjuran acara.
Tema kelima yang merangkumi pelancongan perniagaan dengan memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan perniagaan yang terutama, meningkatkan kesalinghubungan dengan pasaran jarak sederhana yang penting dan menambah baik kadar, jenis, dan kualiti hotel.  Kelima-lima tema dan 12 EPP ini dapat membantu meningkatkan sektor pelancongan ke arah yang lebih baik.


KESIMPULAN
            Tahap pembangunan industri pelancongan di Malaysia berada di tahap yang membanggakan.  Usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan mahupun swasta mula membuahkan hasil dan berjaya menjadikan Malaysia sebagai salah satu kawasan pelancongan yang dikenali ramai.  Selain itu, industri pelancongan juga mencatatkan keutungan yang tinggi sepanjang tahun.  Walaupun Malaysia kini semakin dikenali, pihak kerajaan tidak berhenti berusaha untuk menaikkan lagi industri pelancongan.  Cabaran serta halangan yang datang semasa tempoh membangunkan industri pelancongan di Malaysia telah berjaya diatasi dengan jayanya serta dijadikan contoh untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada.  Justeru, masyarakat harus bekerjasama dalam membantu segala usaha yang bakal dilakukan demi kepentingan semua pihak.



Diantara tempat-tempat menarik di Malaysia antaranya ialah:-


Gunung Kinabalu, Sabah
Pulau Redang, Terengganu

Sky Bridge, Langkawi

A’Famosa, Melaka

dd


RUJUKAN
            Asas Keusahawanan.  (2000).  Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia (MEDEC).

Norma Azuli Mohd Nor et al., (2012).  Perjalanan dan Impaknya terhadap Ekonomi Malaysia daripada Pelawat Domestik.

Jamaluddin, M. J. (2009).  Pembangunan Pelancongan dan Impaknya terhadap Persekitaran Fizikal Pinggir Pantai.  Malaysian Journal of Environmental Management.

Zulkiply, O.  (2016). Sumbangan Sektor Pelancongan terhadap Ekonomi.





Monday 2 January 2017

Usahawan - Noor Azam Samsudin



LATAR BELAKANG

Noor Azam Bin Samsudin atau nama ringkas pada rakan-rakan universiti ‘Azam’, sangat terkenal sebagai seorang mahasiswa yang pendiam dan tidak banyak bicara. Namun sifat pendiam ini tidak menghalang beliau untuk menjadi seorang yang ceria, mudah bertegur sapa, dan dikenali oleh rakan-rakan mahasiswa yang lain. Dilahirkan pada 16 Februari 1979 dan kini beliau berumur 37 tahun. Azam merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Bangsar dan menyambung pengajian beliau di Universiti Teknologi Mara, dalam jurusan Perakaunan pada tahun 1997 Kampus Dungun, Terengganu Darul Iman. Pada tahun 2002 beliau meneruskan pengajian di universiti yang sama tetapi di Kampus Shah Alam dalam jurusan BBA (H) Finance – Major in Islamic Banking.
Minat dan kecenderungan Azam dalam bidang keusahawanan terpupuk sejak bergelar mahasiswa lagi terutama semasa beliau melanjutkan lagi pengajian beliau ke peringkat Master in Business Administration (EMBA) – Specialize in Strategic Management di Universiti Teknologi Mara Kampus Shah Alam.
Beliau telah membuka syarikat sendiri iaitu SAHABAT Excellent Sdn Bhd dan menjalankan firma perakaunan dan perundingan perniagaan semenjak bulan Mac 2008. Beliau kini memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan & Senior Akauntan di syarikat tersebut.
Antara falsafah diri yang beliau pegang adalah “selagi ianya jalan benar dan kehadapan, jalan terus”. Menurut beliau lagi, dari segi perniagaan, apa yang penting bukan bidang pengajian, tetapi sikap atau ‘attitude’ mahasiswa. “Dalam perniagaan 98% yang terlibat adalah ‘attitude’ dan 2% adalah kemahiran.” Hanya dengan ‘attitude’ usahawan yang asli, seseorang mampu untuk menceburi perniagaan secara konsisten. Perkara ini dinyatakan sebagai perkara utama yang membolehkan pelajar di bawah latihan beliau kekal dalam perniagaan atau tidak.

LATAR BELAKANG KEUSAHAWANAN


Ø  Kumpulan MD
SAHABAT Excellent Group Sdn Bhd (Syarikat Induk)
Ø  SAHABAT Cemerlang Sdn Bhd
Business & Strategic Consulting Firm
Ø  SAHABAT Institute (Diuruskan oleh: SAHABAT Cemerlang Sdn Bhd)
Vokasional Skill & Persijilan Keusahawanan
Ø  SAHABAT & Associates PLT
Accounting Firm (Kewangan dan Pengurusan Perakaunan dan Pengauditan)
Ø  BIG Venture PLT
Modal Permulaan & Company Pelaburan

KELAYAKAN AKADEMIK


Ø  2013, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam
Qualifiation: DBA: Pakar: Pengurusan Strategik -
Sederhana Kesan Business Coaching pada Hubungan Antara Model Perniagaan dan Prestasi Perniagaan kalangan Entreprises Micro Malaysia.
Ø  2008, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam
Qualifiation: Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (EMBA) - Pakar dalam Pengurusan Strategik
Ø  2002, Universiti Teknologi Mara, Kampus Shah Alam
Qualifiation: BBA (H) Kewangan - Major dalam Perbankan Islam
Ø  1997, Universiti Teknologi Mara, Kampus Dungun, Terengganu Darul Iman
Kelayakan: Diploma Perakaunan

KELAYAKAN DALAM BIDANG PROFESSIONAL


Ø  Kelayakan: Train The Trainer - Institut Pengurusan Malaysia - PSMB-MIM
(Sijil No: TTT / 1663) - 2008
Ø  Kelayakan: NLP Practitioner Certification - The Tad James Co. Australia - 2007
Ø  Kelayakan: The 7 Habits of Highly Effective People Trainer - Franklin Covey - 2006
Ø  Kelayakan: Certified Credit Professional - CCP (IBBM) - 2006
Ø  Kelayakan: Hypnosis Certified - Internatioal Hypnosis Association (IHA-US) – 2008

PENGALAMAN DALAM BIDANG PERAKAUNAN


Ø  Mac 2004 - Jun 2006
Penolong akaun, Ernst & Young
Ø  Julai 2006 sehingga sekarang
Rakan Pengurusan, SAHABAT & Associates
Ø  September 2010 sehingga sekarang
Ketua Audit Dalaman, Koperasi Usahawan Siswazah Malaysia Berhad
Ø  September 2011 sehingga sekarang
Ketua Audit Dalaman, Koperasi Anak Jawa Selangor Berhad
Ø  8 September 2015 sehingga sekarang
Juruaudit Dalaman, MARA Liner Sdn Bhd (MLSB)

RAKAN KONGSI


Ø  1 Feb 2007 - Sekarang
Akauntan Kanan, Amiir & Associstes
Ø  7 Mac 2014 - Sekarang
Akauntan Kanan, Rosdelima & Co




AKTIVITI ANTARABANGSA


Ø  Penyampai (Presenter)
MARA Runcit 2014
Premiera Hotel, MARA HQ
Ø  Penyampai (Presenter)
Asia Niaga 2014
Shah Alam, Selangor
Ø  Penyampai & Peserta
Persidangan Pemimpin University Yourt Asean 2007
UNIMAS, Sabah
Ø  Peserta
Internatianal Majlis E-Commerce Consultant Course, 2008
Cawangan Asia – Singapura


BADAN PROFESIONAL / PERSATUAN KEAHLIAN


Ø  Chartered Accountant - (Membership No: 34.768)
Malaysia Institute of Accountant - MIA
Ø  Cukai Akauntan - (Membership No: 0167)
Malaysia Accountants Persatuan Taxation - MATA
Ø  Ahli (Membership No: 314.586)
Institut Bank-Bank Malaysia - IBBM
Ø  Ahli & Exco (2005-2006)
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia
Ø  Ahli & Practicioner
Persatuan Hypnosis Antarabangsa - US
Ø  Ahli
EC-Council Consultant - Cawangan Singapura
Ø  Ahli
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor - DPMMS


PENGALAMAN DALAM BIDANG SEKARANG


Noor Azam Samsudin adalah Pengasas / Ketua Pegawai Eksekutif SAHABAT Cemerlang Sdn Bhd dan Pengerusi Koperasi Usahawan Intelek Siswazah Malaysia Berhad bagi tempoh 2008-2011. Beliau adalah ahli Neuro di Lembaga Linguistic Programming (NLPB), Institut Accounting (MIA) dan Malaysian Accountants of Taxation Association (MATA). Noor Azam Samsudin kini salah seorang ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat keusahawanan seperti syarikat Modal Teroka dan beliau bersama-sama mengasaskan untuk melabur dalam bidang belia dan siswazah di Malaysia.

Beliau juga adalah ketua di Pusat Cemerlang SAHABAT di mana beliau menganjurkan pelbagai aktiviti dan program bimbingan dalam keusahawanan dan SME pembangunan. Beliau juga merupakan arkitek Pelan Induk Pembangunan SME dan melibatkan dalam pelbagai cara untuk membawa inovasi, keusahawanan dan sokongan keusahawanan kepada syarikat-syarikat SME dan SMI. Sebagai kategori 'A' penyedia latihan dengan PSMB, pusat ini adalah sokongan sepenuhnya untuk SME dan SMI di Malaysia.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda dalam Kewangan dan Perakaunan dan Ijazah Sarjana Perniagaan Pentadbiran yang memberi tumpuan kepada pengurusan strategik ke arah pengurusan syarikat SME dan SMI. Beliau memulakan kerjayanya sebagai pegawai bank di beberapa buah bank luar terutamanya dalam perbankan korporat dan jabatan kredit. Beliau tidak lama lagi akan membangunkan kepakaran dalam memulakan syarikat dengan syarikat-syarikat disekitar kepada syarikat-syarikat yang menguntungkan. Melalui era dotcom, dia meneroka sendiri dan  memulakan syarikat perunding pada tahun 2000.

kepakaran Noor Azam Samsudin adalah dalam kewangan, perakaunan, model perniagaan, pengurusan dan memulihkan syarikat-syarikat yang baru. Berpengalaman dalam menguruskan SME dan EKS syarikat dan keusahawanan telah meletakkan beliau dalam kedudukan yang baik untuk membantu dan melatih
usahawan yang memerlukan bantuan yang dalam model perniagaan, perancangan perniagaan, pembangunan keusahawanan dan akses pasaran. Untuk kerjaya di masa hadapan, beliau telah selesai dalam pengajian DBA dan juga memberi tumpuan dalam bidang keusahawanan strategik yang memberi tumpuan dalam model perniagaan dan strategi pengkomersilan sebagai kawasan tumpuan.

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG ADA PADA BELIAU


INISIATIF DAN BERTANGGUNG JAWAB
Kebanyakan para pengkaji bersetuju keberkesanan aktiviti usahawan adalah dengan mencari dan mengambil inisiatif. Golongan ini sanggup meletakkan diri dengan mencari dan mengambil inisiatif. Begitu juga dengan beliau. Beliau dilihat sebagai orang yang bertanggung jawab di dalam sesuatu operasi tidak kira sama ada berjaya atau gagal. Beliau adalah seorang yang bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku. Beliau mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah di mana tidak ada pemimpin lain yang sanggup mengambilnya.

KOMITMEN YANG TINGGI

Kejayaan sesuatu usaha bergantung kepada komitmen beliau sebagai seorang usahawan. Komitmen beliau membantu usahawan untuk mengatasi ancaman dan rintangan di dalam perniagaan. Komitmen beliau terhadap idea dan pelaburan mereka menentukan kejayaan pelaburan yang beliau usahakan.


ORIENTASI PELUANG (KESEMPATAN)

Fokus usahawan dan mula merebut peluang tidak bergantung kepada kajian, struktur atau startegi. Beliau bermula dengan peluang yang ada dan membiarkan kefahaman mereka menadi panduan ke atas isu-isu yang penting. Beliau mempunyai kebijaksanaan di dalam mencari peluang yang ada. Di dalam mencari peluang perniagaan baru beliau melihat peristiwa atau kejadian sama seperti orang lain tetapi hasilnya atau penilaian terhadap peristiwa tersebut adalah berlainan. Beliau bukan sahaja berkebolehan mencari peluang yang ada tetapi mempunyai kebolehan untuk meraih peluang tersebut.


MENGAMBIL RISIKO SECARA SEDERHANA

Beliau bukanlah seorang yang sanggup mengambil risiko secara melulu. Segala risiko yang bakal dihadapi oleh beliau, telah diambil kira. Apabila beliau melibatkan diri di dalam sesuatu pelaburan, semua perkiraan telah diambil kira demi untuk mengelakkan beliau menanggung risiko yang tidak sepatutnya.


KEYAKINAN DAN OPTIMISTIK

Beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi di atas kebolehan beliau untuk mencapai kejayaan. Kecenderungan ini membuatkan beliau bersikap otimistik terhadap kejayaan yang akan beliau kecapi dan sikap ini berdasarkan kepada keadaan sebenar. Dengan mempunyai keyakinan dan optimistik yang tinggi, tidak hairanlah beliau yang pernah gagal berkali-kali akhirnya menjadi seorang usahawan yang berjaya.


KREATIF DAN INOVATIF

Kreatif dan inovatif adalah perkara utama yang perlu ada pada setiap usahawan untuk memperolehi kelebihan persaingan di dalam pelaburan mereka. Melalui fikiran yang kreatif, inovatif dan daya imaginasi, beliau dapat menghasilkan produk yang khusus dan perkhidmatan kepada para pengguna kerana kreativiti boleh dipelajari.


MENCARI MAKLUM BALAS

Beliau suka mengetahui bagaimana prestasi beliau dan sering kali cuba memperbaikinya. Beliau aktif mencari dan menggunakan maklum balas yang diterima sebagai cara untuk memperbaiki prestasi beliau. Dari maklum balas, beliau telah mempelajari dari kesilapan yang telah beliau lakukan.

MENUJU KE ARAH KEJAYAAN

Kejayaan merupakan motivasi utama untuk seorang usahawan. Apabila beliau memulakan sesuatu, beliau mempunyai semangat untuk menyelesaikannya, mengunggulinya dan mengejar serta mencapai cita-cita yang mencabar. Satu fahaman yang sering disalah ertikan mengenai beliau adalah "Wang menjadi satu keinginan yang kuat". Kepada beliau, wang hanya sekadar menunjukkan kejayaan yang mereka kecapi dan wang bukan merupakan pemacu motivasi kepada usahawan.


KEBOLEHAN MENENTUKAN VISI

Beliau tahu apa yang ingin mereka capai. Beliau mempunyai visi atau konsep untuk firma beliau. Tidak semua usahawan mempunyai visi di awal pembukaan firma mereka. Di kebanyakan kes, visi dibangunkan setelah usahawan mula menyedari apa yang telah berlaku kepada firma tersebut.

KEMAHIRAN MENGATUR

Membawa perniagaan dari permulaan bukannya perkara yang mudah. Oleh itu, beliau berkebolehan memilih dan mengumpul para pekerja seperti yang dikehendaki untuk menjayakan tugas tersebut. Beliau berkebolehan untuk mengurus sumber beliau secara berkesan untuk menukarkan visi menjadi realiti.

KAWALAN FOKUS DALAMAN

Beliau percaya kejayaan atau kegagalan sesuatu usaha adalah bergantung kepada diri sendiri. Kemajuan dan kemunduran berada di dalam kawalan dan pengaruh beliau sendiri dan beliau boleh mempengaruhi akibat yang akan berlaku hasil dari tindakan yang beliau lakukan.


TOLERANSI TERHADAP KEGAGALAN

Beliau tidak mudah kecewa, putus asa dan sedih apabila mengalami kegagalan. Beliau belajar dari kegagalan. Pada waktu yang sukar, beliau masih lagi mencari peluang yang ada. Kebanyakan usahawan percaya mereka lebih banyak belajar dari kegagalan berbanding kejayaan.


LEBIH BERTENAGA

Beliau lebih bersemangat berbanding dengan kebanyakan orang. Beliau perlu lebih bertenaga untuk membolehkan beliau menanggung beban yang besar dan tekanan yang akan beliau hadapi. Tenaga tersebut merupakan faktor utama untuk membolehkan beliau memulakan perniagaan.

SEMANGAT BERPASUKAN

Usahawan yang berjaya selalunya mempunyai standard (kualiti) yan tinggi, bersemangat untuk membantu syarikat berkembang dan membangun.

BERDIKARI

Beliau adalah seorang yang berdikari. Beliau suka menyelesaikan sesuatu tugas mengikut cara beliau sendiri. Ini tidak bermakna beliau mesti membuat semua keputusan. Beliau mahu mempunyai kuasa (hak) untuk membuat keputusan yang penting.


FLEKSIBEL

Beliau amat fleksibel dan berkebolehan untuk menukar cara beliau mengikut kehendak pelanggan dan suasana perniagaan. Dengan ekonomi dunia yang sering berubah, sikap tegas (ketegasan) sering kali membawa kepada kegagalan.